Tuesday, October 4, 2011
SELAMAT BERJUANG UNTUK HAJI MABRUR
Assalamualaikum
Dikesempatan ini saya ingin mengambil peluang buat bekas warga azhari damanhuri dari Bumi Anbiya' Mesir yang akan berangkat mengerjakan haji pada tahun ini dengan ucapan doa semoga Allah kurniakan kamu Haji yang Mabrur, Usaha yang disyukuri dan dosa diampuni-Nya. Tingkatkan kesabaran, ketenangan dan muhasabah diri ketika berada di Haram nanti. Ameen. Tidak lupa juga doakan kami di Malaysia ini menjadi hamba yang soleh dan solehah hendaknya.
Friday, September 30, 2011
Wednesday, September 21, 2011
Kemerdekaan Menurut Islam
Mencari perkataan merdeka tidak ditemui dalam kamus Islam sebaliknya mungkin kemerdekaan ditemui dalam Islam jika dilihat pada konsep dan pemahaman bagaimana bentuk pengertian merdeka yang ingin dimaksudkan.
Kemerdekaan bermaksud kebebasan dan kemampuan melakukan sesuatu tanpa sekatan atau halangan atau kongkongan belenggu oleh sesuatu (sila lihat Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka) . Jika dilihat pada takrif bahasa mengenai merdeka mungkin agak sukar mengaitkannya dengan Islam pada suatu aspek iaitu kebebasan.
Ini kerana kedatangan Islam sebagai agama yang diutuskan oleh Allah swt sememangnya merupakan suatu sistem peraturan syariat yang mengongkong manusia dan membataskan perilaku manusia terhad kepada apa yang dibawa oleh syariat Islam.
“Tidaklah kamu akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat itu melanggar batasan had Allah dan rasul-Nya” (Al-Mujadalah : 22).
“Apakah mereka belum mengetahui bahawa barangsiapa yang melanggar batasan ketentuan Allah dan rasul-Nya maka baginya neraka jahannam dan dia kekal di dalamnya” (At-taubah : 63).
Sabda baginda rasulullah : “ Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka bersyahadah bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad sebagai rasulullah.” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 25 & Muslim no.22).
Sebagai misalnya, sebelum munculnya syariat Islam, manusia bebas bercampur lelaki perempuan, bebas berzina, berjudi dan meminum arak namun apabila kedatangan Islam maka sudah tiada lagi kilang arak, tidak dikeluarkan lagi lesen arak dan ditutup semua pusat-pusat arak dan pusat judi.
Begitu juga dengan kedatangan Islam di Madinah maka sudah tiada lagi pusat pelacuran, tiada lagi jual beli perempuan dan tiada lagi zina sebaliknya manusia dikawal dan dikongkong oleh undang-undang hudud dan syariat yang menghukum mereka yang melakukan kesalahan dari sudut syariat.
Demikianlah juga apabila ditegakkan syariat Islam maka sudah tiada lagi percampuran bebas lelaki perempuan di jalanan, di pusat Bandar, di pasaraya dan juga tidak wujud percampuran lelaki perempuan di sekolah-sekolah dan madrasah pada zaman baginda rasulullah salallahualaihiwasalam.
“Katakanlah kepada orang yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka” (An-Nur : 30).
“Katakanlah perempuan yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka” (An-Nur : 31).
“Dan tetaplah kamu (perempuan yang beriman) dalam rumah kamu dan janganlah berhias seperti hiasan jahiliyyah” (Al-Ahzab : 33).
“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).
Oleh yang demikian, maka tiadalah berlaku kerosakan dan fitnah serta kehancuran akhlak dan fitrah manusia yang ditetapkan oleh Allah swt telah dapat dikawal dan terjaga serta berjalan menurut panduan yang benar dan dipenuhi dengan wajar.
“ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).” (Surah Ar-Rum :30).
Maka jika dilhat bahawa kemerdekaan itu dari sudut kebebasan melakukan sesuatu menurut akal fikiran dan bebas menurut kehendak sendiri maka sesungguhnya Islam menolak kemerdekaan jenis ini bahkan Islam menentang kebebasan ini dan menjajah pemikiran manusia, perilaku mereka, budaya dan semua aspek kehidupan sehingga manusia itu menurut apa yang dibawa oleh Islam.
Dari Abdullah ibn Amru ibn Al-Ash ra berkata bahawa telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam “ Tidaklah beriman seseorang kamu sehinggalah hawa nafsunya mengikuti apa yang dibawa olehku (Islam)” (hadith hasan sahih lihat dalam hadith 40 Imam Nawawi).
Maka bagi golongan liberal dan sosial yang inginkan kebebasan mutlak, ingin hak persamaan lelaki dan perempuan sehingga wanita dapat berdiri dan berjalan setanding lelaki sehingga wanita dapat juga bekerja di pelantar minyak seorang diri bercampur bersama lelaki, wanita juga dapat memandu jet pejuang dan kapal terbang seperti lelaki, wanita juga dapat mendaki gunung Averest seperti lelaki, wanita juga dapat menjelajah ke kutub Utara dan Selatan tanpa mahram seperti lelaki maka Islam menolak kebebasan ini.
“Dan tidaklah lelaki itu seperti perempuan” (Ali-Imran : 36).
“Dan kepada lelaki itu diberikan kelebihan yang tidak ada pada perempuan dan Allah itu Maha perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al-Baqarah : 228).
Maka Islam menolak kebebasan seperti ini sehingga Islam juga menolak wanita bekerja di pejabat bercampur bersama lelaki dengan menjadi setiausaha kepada lelaki yang bukan mahramnya sehingga mengikuti bos lelakinya itu ke pelbagai tempat termasuk ke hotel dan tidur sebilik bersama bosnya dan Islam juga melarang dan menghadkan kebebasan manusia dalam berpakaian sehingga wanita terpaksa menutup seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan dan lelaki terpaksa memakai pakaian yang menutupi auratnya.
“Wahai nabi katakanlah kepada kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan kepada perempuan mukminah supaya mereka menutup (melabuhkan) jubah mereka ke seluruh tubuh badan mereka” (Al-Ahzab : 59).
“Dan hendaklah mereka menutup kepala mereka sehingga ke leher mereka” (An-Nur : 31).
Maka kemerdekaan atau kebebasan yang berbentuk bebas melakukan sesuatu seperti menjadi penyanyi, menyanyikan lagu-lagu yang disebut sebagai bunyian seruling syaitan, berpakaian tidak menutup aurat seperti menampakkan rambut bagi perempuan, memakai pakaian seksi dan tidak menutup tubuh badanya selain muka dan tapak tangan , menjadi ratu cantik, atau bagi lelaki menjadi ahli sukan bina badan dengan hanya memakai seluar dalam, menjadi perenang professional yang terpaksa memakai seluar pendek tidak menutup aurat maka Islam melarang kebebasan ini.
“Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)" (Surah Al-A‘raf, ayat 157).
Islam juga melarang kemerdekaan apabila manusia menganggap kemerdekaan itu bebas melakukan sesuatu sehingga pemerintah dapat mengaut keuntungan dari kejahilan rakyat dan menzalimi rakyat secara sedar mahupun tidak dengan menyelewengkan harta rakyat, melakukan rasuah dan menerima rasuah, menyelewengkan lesen dan permit import eksport baik kereta atau barangan lain , penyelewengan balak dan kayu bakau, penyelewengan petroleum atau pun pembinaan empangan dan litar lumba bertaraf dunia maka Islam melarang semua perlakukan zalim ini.
“Maka hukumlah di antara manusia dengan keadilan dan janganlah engkau menurut hawa nafsu” (Shaad : 26).
“Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menunaikan amanah kepada mereka yang berhak dan apabila kamu menghukum di antara manusia hendaklah berlaku adil” (An-Nisa : 58).
Islam juga melarang kemerdekaan apabila ianya bermakna bebasnya syarikat-syarikat kerajaan melabur di pusat perjudian dan perniagan yang berunsurkan riba dan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan perihal haji dan kewangan haji juga turut melabur di syarikat judi dan perniagaan arak dan lain-lain jenis perniagaan yang haram dari sisi syariat Islam.
“Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba..” (Al-Baqarah : 275).
“Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu takut kepada Allah dan meninggalkan bekas dan kesan riba itu jika kamu benar-benar takut kepada Allah” (Al-Baqarah : 278).
Islam juga melarang kemerdekaan apabila ianya bererti kerajaan bebas menangkap sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan pemikiran kerajaan tanpa dibicarakan dan di adili menurut syariat untuk dimasukkan ke dalam penjara atau pusat tahanan di bawah sebuah undang-undang zalim walau namanya Akta Keselamatan Dalam Negeri yang dalam bahasa Inggerisnya ialah ISA.
“Barangsiapa yang tidak mendatangkan saksi maka sesungguhnya mereka di sisi Allah ialah golongan yang berdusta” (An-Nur : 13).
Dari Abdullah ibn Abi Aufa ra bahawa bagind rasulullah pernah bersabda : “Sesungguhnya Allah menyukai qadhi (pemimpin) selagi dirinya tidak zalim dan apabila dia berlaku zalim maka Allah meninggalkannya dan syaitan akan mendampinginya” (hadith hasan riwayat tirmidzi no. 1330).
Juga baginda rasulullah pernah bersabda : “Sesungguhnya bukti dan hujah keterangan itu mestilah diberikan oleh mereka yang mendakwa dan sumpah itu bagi mereka yang didakwa” (hadith sahih riwayat tirmidzi no. 1341).
Apabila kemerdekaan yang ingin disambut setiap tahun oleh rakyat Malaysia itu ialah kemedekaan yang bermaksud kebebasan melakukan sesuatu seperti yang disebut di atas maka hukumnya ialah haram dan bertentangan dengan syariat Islam dan para mujahid (pejuang) Islam yang terdiri di bawah kepimpinan negara Islam yang mempunyai senjata dan kekuatan perlulah segera mencegah perkara ini dengan cara menjajah kembali umat Islam Malaysia dengan syariat Islam baik dengan kemampuan hati, lisan dan anggota perbuatan.
Bersabda baginda rasul : “Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya dan jika dirinya tidak mampu maka hendaklah mencegahnya dengan lisan dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia mencegah dengan hatinya” (hadit sahih riwayat Nasaie no 5008).
Sekiranya kemerdekaan yang ingin disambut saban tahun oleh rakyat Malaysia pada setiap tanggal 31 Ogas ialah kemerdekaan yang membebaskan rakyat Malaysia dari agama dan kongkongan syariat seperti mana Islam telah mengongkong pemikiran umat Islam sejak zaman berzaman bermula dari zaman Kesultanah Melayu Melaka dari zaman selepas Parameswara sehinggalah kepada zaman datangnya Portugis ke tanah Melayu dan ditentang hebat oleh pejuang agama dan tanah air yang mahu mempertahankan kedaulatan agama dan tanahair dari dijajah pula oleh ajaran kristian seperti yang dibawa oleh Portugis (Gold, Gospel, Glory) maka kemerdekaan ini ialah satu yang jelas haram.
“Orang-orang yang zalim itu mengikut hawa nafsu yang ada pada mereka dan jadilah mereka itu golongan yang berdosa” (Hud : 116).
Sekiranya kemerdekaan yang disambut oleh rakyat Malaysia ialah kemerdekaan yang membebaskan rakyat Malaysia dari ajaran Islam seperti yang pernah dipertahankan oleh para pejuang tanahair seperti Hang Tuah, Hang Liku, Hang Lekuk, Hang Jebat dan lain-lain perwira Melayu yang bermati-matian menghalau penjajah Protugis keluar dari tanah Melayu dan kemudiannya Belanda dan juga British seperti perjuangan Dato Bahaman, Dato Maharajalela, Mat Kilau, Tok Janggut, Haji Abd Rahman Limbong yang bermati-matian menghalau penjajah British dari bertapak di tanah Melayu dan mempertahankan ajaran Islam agar terus mekar dan membudaya dan mendarah daging dalam masyarakat Melayu maka kemerdekaan yang membebaskan rakyat Malaysia dari ajaran Islam yang dipertahankan oleh para pejuang ini bererti merupakan pengkhianatan kepada usaha jihad dan perjuangan mereka.
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu berkhianat kepada Allah dan rasul-Nya..” (Al-Anfaal : 27).
Sekiranya kemerdekaan yang disambut oleh rakyat Malaysia merupakan kemerdekaan dan kebebasan melakukan sesuatu tanpa perlu menurut syariat dan ianya bermaksud kebebasan yang diberikan oleh penjajah British yang kafir dan membenci syariat Islam lalu datang ke tanah Melayu dengan membawa pemikiran sekuler dan kebencian kepada Islam lalu bertapak di tanah Melayu, menguasai dan merompak harta dan hasil bumi tanah Melayu, mmeperbudak orang Islam bangsa Melayu, merosakan akhlak pemuda pemudi Melayu dengan memperkenalkan budaya hidup barat yang jauh dari Islam kepada Melayu.
“Barangsiapa yang mencari selain Islam sebagai Deen (agama & panduan) maka tidaklah akan diterima darinya sedikitpun dan dia di akhirat dari kalangan orang yang rugi.” (Surah Ali Imran 85).
Seperti memperkenalkan tarian seni dan memperkembangkannya, memperkenalkan arak dan brandy, memperkenalkan gaya hidup koboi dan joget dan tari (break dance) , memperkenalkan gitar, drum, memperkenalkan percampuran lelaki perempuan, mewujudkan kelab malam (kalbu Malami ikut istilah P. Ramle) , memperkenalkan kaberet, adanya pelacuran melayu di Singapura, membuka panggung wayang.
“Janganlah kamu menurut golongan yang hatinya dilalaikan dari mengingati Allah dan hidup menurut hawa nafsu mereka” (Al-kahfi : 18).
Lalu setelah puas melihat bangsa Melayu sudah dirosakkan, sudah puas menjilat dan meragut dara dan manisnya faraj perempuan Melayu, sudah puas melihat tarian bogel perempuan Melayu di Kuala Lumpur dan Singapura maka penjajah British pun mula merasakan orang Melayu perlu diberi kemerdekaan dan kebebasan memerintah sendiri supaya dengan kebodohan dan kesesatan mereka dari agama itu dapat berdikari dan membesar menjadi Negara sekuler yang membenci syariat Islam dan menjadi sekutu serta rakannya seperti negara lain yang dijajahnya (Komenwel).
“Janganlah orang yang beriman itu mengangkat orang yang kafir sebagai pemimpin selain orang yang beriman dan barangsiapa yang melakukan demikian maka bukanlah dia dari golongan Allah” (Ali-Imran : 28).
Maka apabila munculnya perwira tanah air seperti golongan Pan Islam yang membawa dakwah dan seruan kesedaran kepada Islam dan ajaran Islam yang sebenar hasil dari pengajian agama mereka dari timur tengah seperti Syeikh Al Hadi, Syeikh Tahir dan lain-lain maka British menjadi takut lalu gerakan kaum muda ini dimusuhi serta majalah mereka diharamkan lalu usaha mempengaruhi kaum Melayu perlu disegerakan maka British meminta jasa baik kaum tua seperti tok-tok guru pondok supaya bekerjasama dengan pihak istana yang diugut untuk menyokong pemerintahan British dan menjawab seruan dakwah kaum muda yang banyak bertapak di Perlis, Pulau Pinang dan negeri Sembilan serta Sinagpura maka menjawablah kaum tua baik tok kenali dan lain-lain membela British dan kerajaannya mengkhianati perjuangan orang yang lebih tua dan lebih lama dari mereka yang berkorban menentang British.
“Dan janganlah kamu menjual ayat-ayatku (Allah) dengan harga yang murah kerana takutlah kamu kepada Aku (Allah)” (Al-Baqarah : 41).
Bukankah seruan kaum muda dan Pan Islam di Singapura yang pernah melancarkan Dahagi dahulu itu mengajak umat Islam bersatu di bawah pemerintahan Islam kerajaan Turki Ottmaniyah dan mereka ini kaum muda yang pernah digelar wahabbi oleh kaum tua ? Lebih memelikkan kaum tua yang memerangi kaum muda ialah guru pondok dan mereka inilah yang menuduh kaum muda sebagai wahhabi sehingga hari ini sedangkan kaum muda inilah yang menyebar dakwah Islam dan mengajak bersatunya orang Melayu dengan kerajaan Turki Ottmaniyah namun perjuangan mereka dipatahkan dan ditewaskan oleh British.
“Tidaklah sama orang yang duduk dari kalangan orang yang beriman selain yang menghadapi kesulitan dengan orang yang beriman yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan diri mereka” (An-Nisa : 95).
Datangnya Jepun menyerang tanahair menambah bimbang British takut usahanya tergendala dan bimbang orang Melayu akan melupakan budaya barat dan sekuler yang diajarkan oleh Biritish apatah lagi Jepun adalah dari Asia dan golongan ini mudah didakwahkan dan menerima Islam apabila ramai pula tokoh agama berkembang di tanah Melayu melawan British mereka berkerjasama dengan Jepun dan Jepun banyak lembutnya dengan orang Melayu berbanding orang Cina dan ini dilhat berpontensi mengembalikan kekuasaan orang Melayu yang sudah hilang melalui proses yang dilaksanakan oleh British apabila meletakkan orang Melayu di kampung, orang India di ladang getah dan orang cina di pekan menjadi peniaga dan pelombong.
Kedatangan Jepun banyak menghalau orang Cina pulang ke negara mereka dan mengembalikan orang Melayu kepada kekuasaan mereka dan Jepun ibarat penjajah yang menjajah demi nafsu yang mudah dilembutkan dengan agama dan dakwah namun berbeza denagn British yang menjajah dengan perancangan dan tujuan agama, politik dan ekonomi.
Bukankah Jepun dari kuasa paksi yang menyokong Jerman dan Rusia dan bukankah Kerajaan Islam Turki Otthmaniyah pun menyertai perang dunia dengan menyokong kuasa ini ? Maka secara faktor kecil pendudukan Jepun membahayakan sekuler dan British dan dibimbangi apabila pejuang agama dan tanah air seperti Ibrahim Ya’akob diberi penghormatan oleh Jepun dan Islam dalam kesusahan mula mendapat tempat dihati penduduk tanah Melayu.
“Bahkan ada dikalangan mereka berhasad kepada manusia ..” (An-Nisa : 54).
Bukankah apabila Jepun datang maka hidup menjadi susah ? Maka bukankah kesusahan itu menjadikan rakyat mula kembali bersatu dan kuat dan semangat perjuangan Islam itu mula timbul ? maka British bimbang lalu mula memperluaskan dan menyebarkan khabar angin dan menyebarkan kejahatan Jepun dan dakyah-dakyah serta mengajak orang Melayu menentang Jepun sehingga akhirnya tewasnya Jepun dan British kembali berkuasa dengan kerjasama orang Melayu.
Sekali lagi British berkuasa di tanah Melayu selepas undurnya Jepun dan setelah melihat orang melayu amat taat kepada british, cara hidup dan budaya British maka British mula mahu berundur dengan syarat orang Melayu mesti menerima konsep dan sistem perundangan dan pemerintahan sekuler dan fahaman barat dalam kehidupan.
“Dan tidaklah akan sekali-kali yahudi dan nasrani itu meredhai kamu sehinggalah kamu mengikuti jejak langkah mereka” (Al-baqarah : 120).
Konsep parlimen, perlembangaan, mahkamah berasaskan undang-undang british, pilihanraya, demokrasi berasaskan sistem kenegaraan barat, parti politik, undid an lain-lain maka wujudlah kelompok manusia yang menentang namun suara mereka sudah tidak kedengaran lagi apabila rakyat tanah Melayu sudah terasuk dan ketagih kemerdekaan dan kebebasan dari konkongan dan belenggu penjajahan yang pelbagai.
Maka akhirnya setelah muncul tokoh-tokoh seperti Tengku Abd Rahman Putra Al-Hajj, Dato Onn , Dato Ja’far dan lain-lain yang pernah menerima tarbiyah barat, menerima pendidikan barat dan terpengaruh dengan pendidikan dan cara hidup barat yang jauh dari kefahaman Islam dari pendedahan negara Islam maka mereka ini menyokong British dan menyatukan penduduk tanah Melayu dalam sebuah parti politik dan memasuki pilihanraya yang dibuat oleh British dengan sokongan British.
Lalu setelah memenangi pilihanraya dan membentuk kerajaan dan akhirnya diberikan kemerdekaan iaitu kebebasan dari sistem Islam, kebebasan dari cara hidup Islam, kebebasan dari kongkongan Islam, dari kongkongan hukum Islam, dari belenggu ajaran Islam dan dari belenggu pemerintahan menurut sistem Islam kepada sistem demokrasi iaitu rakyat bebas menentukan hukum apa sahaja walaupun menentang hukum Allah dan pembebasan dan merdeka dari Islam kepada sekuler di mana suara majoriti lebih utama dari firman Allah swt, undang-undang mahkamah sekuler dari Britain lebih utama dari hukum syariat Islam.
“Barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah maka sesungguhnya mereka itu ialah golongan yang kafir” (Al-Maidah : 44).
“Barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah maka sesungguhnya mereka itu ialah golongan yang zalim” (Al-Maidah : 45).
“Barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah maka sesungguhnya mereka itu ialah golongan yang fasiq ” (Al-Maidah : 47).
Maka pada tanggal 31 Ogas 1957 maka merdekalah penduduk tanah Melayu dari Islam , dari kehidupan Islam, dari hukum Islam yang ditegakkan sejak zaman kesultanan Melayu Melaka kepada undang-undang sekuler, kepada Demokrasi, kepada sistem barat dan menjadi gembiralah penduduk tanah Melayu menyambut merdeka.
“Celupan (acuan, sistem, manhaj) Allah , maka siapakah yang lebih baik celupannya dari Allah ? (Al-baqarah : 138).
Merdeka !!! Merdeka !!! Merdeka !!!
Jika demikian merdeka yang disebut di atas jika apa yang disebutkan itu benar dan memang realiti merdeka itu sebegitu maka sesungguhnya merdeka itu ialah haram dan berdosalah sesiapa yang menyambut kemerdekaan tanah Melayu.

Sekiranya kemerdekaan tanah melayu benar seperti yang disebutkan di atas maka hukumnya ialah haram dan syiriklah sesiapa yang menyambut merdeka iaitu bererti menyambut gembira perbuatan membebaskan diri dari ajaran Islam iaitu murtad pada Islam dari sudut politik, dari sudut undang-undang, cara hidup, sistem kenegaraan dan hanya Islam pada ibadah dan muamalah.
Syiriklah sesiapa yang menyegutukan Allah pada hak hukum dan hak perundangan apabila hukum jenayah tidak lagi menurut hukum syariat yang diturunkan oleh Allah dan hak menentukan hukumnya yang sepatutnya hanya dari Allah dan dijatuhkan hukuman hanya menurut kitab dan sunnah sebaliknya ditentukan menurut peraturan dan kanun akta akal manusia (Equity Law) dari barat dan dari undang-undang berdasarkan Customary Law (undang-undang yang diimport dari asal usul peraturan hidup orang kafir barat dahulu).
“Dan siapa yang menentang Rasul setelah jelas bagi mereka petunjuk serta mengikuti jalan yang bukan jalannya kaum Mukminin, Kami biarkan dia memilih apa yang diingini nafsunya dan Kami masukkan dia ke jahanam sedangkan jahanam itu adalah sejelek-jelek tempat kembali.” ( An Nisa’ : 115) ]
Kemerdekaan sebaliknya menjadi ibadah, menjadi satu kewajipan, menjadi satu kebaikan dan berpahala serta di anggap sebagai satu usaha kebajikan apabila ianya merupakan kebebasan yang membebaskan manusia dari kejahilan, dari kesesatan, dari penghambaan dan pengabdian sesama manusia kepada pengabdian kepada Allah swt.
“ Dan tidaklah kami menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada kami.” (Surah Adz-zariyat : 56).
Kemerdekaan yang membawa makna pembebasan manusia dari dijajah minda oleh barat, dari dijajah jiwa dan agama dari kekufuran, dari dijajah hati oleh nafsu dan dari dijajah akal oleh iblis maka ianya disebut sebagai kemerdekaan yang berkebajikan yang dibuat demi membebaskan manusia dari kejahatan kepada kebaikan.
Kedatangan Islam merupakan satu ajaran yang membebaskan manusia dari kezaliman kepada kerahmatan dan kebajikan. Islam datang membawa bersama rahmat dan azab iaitu rahmat kepada mereka yang mahu menerima kebaikan dan mahu mengamalkan kebaikan dan azab bagi mereka yang melakukan kejahatan dan enggan menerima kebaikan sebaliknya menyukai kerosakan dan kezaliman.
“Janganlah kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan ” (Surah Al-Baqarah, ayat 195).
Islam membawa ilmu dan keterangan dan menmusuhi serta memerangi jahiliyyah dan kebathilan serta kesesatan. Maka jika dilihat dalam hal ini, bagi golonga susah yang teraniaya maka Islam di anggap sebagai penyelamat demikianlah yang berlaku di Madinah apabila kaum Ansar yang sebelumnya ialah suku arab dari khajraj dan Aus sering berperang akibat menjadi alat permainan kepada kaum Yahudi di Madinah dan diperlagakan, diperhambakan maka apabila datangnya Islam mereka menganggap Islam sebagai pembebas kepada penderitaan mereka, Islam sebagai penyelamat, Islam sebagai rahmat , Islam sebagai penyatu dan persaudaraan.
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara” (Ali – Imran :102).
Namun bagi Yahudi di Madinah atau kaum munafiqin yang hatinya enggan menerima kebaikan dan menyukai kezaliman dan kejahatan maka mereka merasakan kedatangan Islam sebagai pemusnah, sebagai azab, sebagai zalim, sebagai pembunuh, sebagai perompak, sebagai perampas kenikmatan dan kesenangan mereka selama ini.
“ Barangsiapa yang berbuat kebaikan sesuai dengan apa yang dihidayahkan maka sesungguhnya dia telah membuat kebaikan untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu merugikan dirinya sendiri.” (Surah Al-Isra : 15).
Demikianlah apabila berlakunya pembukaan kota-kota dan ekspedisi (penjajahan dan penaklukan) Islam ke negara-negara lain dan pelbagai kawasan di dunia. Islam pernah menakluki Sepanyol, Konstantinopal, baitul Maqdis, Afrika, Timur dan barat serta pelbagai tempat di dunia maka kedatangan Islam dilihat sebagai rahmat yang membawa ilmu, tamadun, harta dan kebajikan serta keadilan.
Namun bagi mereka yang zalim melihat kedatangan Islam sebagai penjahat yang merampas kemewahan mereka seperti yang difikirkan oleh raja-raja negara yang ditakluki Islam, mereka mengatakan Islam sebagai pencemar budaya dan agama kata golongan paderi dan rahib tua negara yang dijajahi oleh Islam sebab ilmunya sudah tidak diterima pakai lagi kerana telah datang Islam membawa kebenaran.
Demikianlah prinsip Islam iaitu sentiasa menentang kebathilan dan jahiliyyah dan mustahil berdiri sama antara keduanya dan mustahil Islam bertolak ansur dengan kejahatan dan jika tertegaknya kejahatan bererti jatuhnya Islam dan jika tertegaknya Islam bererti jatuhnya kejahatan. Maka Islam itu sudah sempurna dan tiada memerlukan tambahan, ubahsuai nama atau gelaran sehingga ditukar tukar namanya menurut keadaan masa sungguh Islam tidak memerlukan hal demikian.
“ Katakanlah (hai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku berdakwah ke jalan Allah dengan bashirah (petunjuk dan ilmu), maha suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik." (Yusuf: 108).
Islam tidak memerlukan sebutan “Islam hadhari” , “Islam Badawi”, “Islam politik” , “Islam Liberal”, “Islam Sosial” atau lain-lain gelaran kerana semua ini ialah acuan barat dan musuh Islam yang menerapkan kepada umat Islam yang jahil dan bodoh walaupun mempunyai gelaran Phd, MA, atau BA dalam pelbagai bidang ilmu kerana mereka hanya belajar di universiti akan silibus yang diterapkan kepada mereka sedang ilmu yang tiada dalam silibus maka jahillah mereka.
“Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan” (Al-baqarah : 208).
Baginda rasul pernah bersabda : “ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467).
Sebaliknya Allah memberikan kefahaman agama kepada golongan yang disukainya yang belajar agama demi kebenaran dan demi mengamalkan isi kandungan Islam yang sebenar maka mereka inilah yang diberikan kebenaran dan kefahaman.
Sabda rasulullah : " Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya Maka Allah akan memberikannya kefahaman dalam urusan agama." (Sahih, Muttafaqun Alaih –Disepakati oleh Bukhari no. 3116 & Muslim no. 1037).
Islam itu sudah membawa merdeka (pembebasan dari kesyirikkan dan kesesatan) sejak awal kita mengucapkan kalimah syahadah, sejak awal didengarkan kalimah azan ke telingga (pembebasan dari kekufuran) sejak awal ibu dan bapa membacakan doa persetubuhan sehinggalah kepada lahirnya kita (pembebasan dari gangguan syaitan) kerana Islam itu sudah lengkap dan merupakan syariat yang diturunkan oleh Allah swt tuhan semesta Alam.
“Dan kepadanyalah (Allah), semuanya menyerah diri baik yang berada di langit dan di bumi sama ada secara sukarela mahupun paksa dan kepadanya mereka semua kembali.” (Surah Ali Imran : 83).
Merdeka !! Merdeka !!
Menyambut kemerdekaan ialah dengan Islam, dengan mengamalkan Islam dengan melaksanakan ajaran Islam. Membebaskan diri , jiwa dan raga dari bidah dan kepalsuan, dari budaya dan adat, dari fahaman dan fikrah akal manusia, dari kejahilan dan kebodohan taqlid buta, dari khabar angin dan fitnah, dari umpatan keji kepada nasihat berguna dan berhikmah, dari perlacuran dan mempamerkan bentuk badan kepada menutup aurat.
Dari memakai jubah lawa dan berwarni – warni sambil berfesyen-fesyen dalam bertudung dengan mendakwa dirinya sebagai ustazah atau pendakwah muslimah dikaca televisyen yang jika lalu ustazah atau pendakwah muslimah ini di depan India atau Bengali pun akan dirogol kerana terlalu ghairah pakainya kepada memakai pakaian muslimah yang menutup aurat, yang menjaga pandangan dan mengelak tarikan lelaki dan menjaga maruah dirinya.
Dalam hadith baginda rasulullah pernah bersabda : “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas dan di antaranya ialah perkara musytabihat (syubhat-syubhat) yang tidaklah diketahui oleh ramai orang” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 19).
Dari berjalan keluar ke pekan-pekan tanpa tujuan kepada berjalan ke kedai buku atau mendengar ceramah, dari keluar rumah bagi perempuan tanpa mahram kepada keluar rumah dengan mahram atau belajar menetap di rumah untuk mengurus urusan rumah dan membantu ibu bapa menyelesaikan kerja rumah.
Dari seorang bapa yang jauh dari hidayah Islam kepada bapa yang soleh dan melaksanakan Islam dalam rumahtangga dan menegakkan dakwah kepada keluarga. Dari seorang bapa yang keras kepada anak-anak tanpa pasal dan sebab kepada bapa yang penyayang dan rahmat kepada anak-anak.
Dari seorang bapa dan ibu yang sukar mahu menikahkan anak perempuannya dan enggan mahu mengahwinkan anak-anaknya sehingga telah mendapat kerja kepada memudahkan anak-anak dan membantu supaya anak-anak segera mendapat jodoh yang baik dan membantu mereka supaya segera bernikah.
“Dan nikahkanlah golongan bujang dikalangan kamu dan orang yang soleh….Jika mereka itu miskin maka Allah akan mengayakan mereka dengan kurnia-Nya ” (An-Nur : 31).
Dari seorang yang suka membuat maksiat kepada banyak beribadah dan melakukan taubat. Dari seorang bujang dan berteman dengan ahli maksiat kepada menjadi seorang yang berkahwin dengan tujuan mengelakkan maksiat dan bersahabat dengan orang yang soleh dan bertaqwa.
Dari seorang muslimat yang suka mendengar nasyid, membaca novel-novel cinta baik cinta cintan ustazah atau ustaz kepada muslimat yang suka membaca al-qur’an, menyemak tafsir al-qur’an, memahami maksud ayat dan tuntutan, membaca hadith dan kisah sahabat dan sejarah Islam untuk diamalkan.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahwa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh ini. Dan sebaliknya apabila ia rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (HR. Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).
Itulah merdeka, itulah erti merdeka iaitu satu kebebasan dari kejahatan dan kejahilan kepada kebaikan dan ilmu pengetahuan.
" Dan berilah peringatan kepada mereka yang berpaling dari perintah Allah bahawa akan menimpa mereka dari fitnah atau azab yang pedih" (Surah An-Nur : 63).

Monday, May 24, 2010
DOAKAN PERMUSAFIRAN KE BOSTON U.S.A DAN LONDON U.K
.jpg)
Assalamaualaikum
Alhamdulilalah insyaAllah saya akan ke Boston selama seminggu kemudian ke London seminggu. Berada di Boston kerana menghadiri persidangan antarabangsa dalam satu seminar berhubung dengan kemanusiaan. Presenting paper part of PhD thesis. Kemudian makan angin seminggu di U.K mungkin hadiah untuk diri sendiri dan lebih utama untuk melihat ayat-ayat Allah (ciptaan Allah) di bumi sebelah Eropah. Kalau boleh untuk dibandingkan pengalaman berada di Timur Tengah. Teringat kata-kata bijak pandai, di timur tengah ramai orang Islam tetapi kita tidak nampak indahnya Islam dan di Eropah kekurangan umat Islam namun kita jelas nampak budaya Islam, dari sudut kejujuran, amanah, bersih. Biasalah Allah maha jaya menjadikan sesuatu dengan Adil dan Saksama.
Saturday, April 10, 2010
TUJUH TIP MENGINGATI AYAT AL-QURAN

1. FOKUS DAN TUMPUKAN SEPENUH PERHATIAN
-Serius dalam menghafal al-Quran, yakin dan berusaha semampu boleh
2. JAUHKAN PERKARA YANG MENGANGGU
-Ketika menghafal elakkan perkara yang boleh menganggu tumpuan
3. BACA DENGAN KUAT
-Paling sesuai waktu selepas Subuh dan di dalam Masjid
4. BERSISTEM DAN TEKUN
-Mengatur strategi dan rajin
5. BEKERJASAMA
-Berjemaah dan bersaing satu sama lain
6. BERDOA
-Berdoa sekerap mungkin, yakin Allah memudahkan bagi kita untuk menghafal dan mengingati ayat-ayat Allah
7. KONSISTEN
-Istiqamah dan usaha berterusan sehingga menjadi rutin
Thursday, April 1, 2010
MINOR STROK UJIAN DARI ALLAH
Assalamualaikum
Mengambil kesempatan ini saya ingin memaklumkan melalui blog ini yang mana salah seorang AJK Penaja Alumni SMAI ini telah diuji Allah Taala. Beliau yang saya maksudkan alfadhil al-Ustaz Khairul Anuar Abu Bakar panggilan lain KAAB. Beliau kini berada di KMC Kuantan kerana minor strok. Semalam saya dan alfadhil ust. Zuridan Mohd Daud mengunjungi beliau. Harap webmaster dapat war-warkan berita ini sekiranya masih ramai belum tahu. Beliau di bilik 308 dan hari ini hari ke 4 beliau di sana, keadaan stabil cuma badan disebelah kiri agak lemah, Dr. yang merawat memberi beliau ubat untuk mencairkan darah kemungkinan darah tidak sampai sebaiknya ke bahagian kiri badan dan kaki. Sekian, Allah Taala A'lam
"Apabila Aku Sakit Maka Allah lah yang menyembuhkannya" Mafhum ayat al-Quran

Thursday, March 11, 2010
JOM BUAT REUNION DI BANGI
Assalamualaikum.
Sahabat terbaru kita Saiful Adli Solehat mengajak untuk kita cuba bertemu di Bangi, Selangor tahun ini, mohon rakan-rakan dapat berikan cadangan balas.
Di bawah maklumat sahabat DAMANHURI…
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum
Mohon sahabat jangan terlalu excited sampai lupa pulak letakkan nama , hp dan email address untuk tujuan rekod. Terutama member from BALING kita Mr, Budin ... Tak pa @ tak-tak pa. Ok sila nikmati lagi gambar - gambar Damanhur 2006. Tapi jangan teriak nohh.
posted by Azhari Damanhuri at 10:59 AM on May 14, 2008
Anonymous said...
Pakwan Penang
Irwan Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Putra Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan. H/P: 013-3543594 E-mel: irwanni@yahoo.com Blog: www.usulifaqih.blogspot.com
May 15, 2008 8:48 AM
Anonymous said...
Salam ...
Lama tak jumpa kawan2 semua dah dekat 12 tahun kita bawa halatuju masing2 ...
Sakan tengok kawan2 kita semua dasat2 belaka ... baguih la kot berkat ngaji dengan Husin Qindil Fiqh Muqarin dulu ...
setuju dengan cadangan nak buat reunion ... nanti kita planing lain.
takpa nanti kita sembang lagi ... hari ni baru bukan blog ni dan skarang tengah sibuk buat siapkan laporan result student nak kena submmit hari ni jugak ...
Ma'assalaamah
Mohd. Hapiz Mahaiyadin (Kodiang)
180 Persiaran Perdana 9
Kulim Perdana
Kulim Hi-Tech Park 09000 Kulim
Kedah
emel :hapiz_uitmppinang@yahoo.com
HP : 0193337677
May 16, 2008 3:05 PM
Anonymous said...
Assalamualaikum....from..
Ahmad Lutfi Mustapha
Taman Maluri,KL
012-6145326
Teruja juga dapat berjumpa dalam blog ni.. Hebat2 blaka antum.. Tahniah le...
emel: baba_shaheed@hotmail.com
http://www.al-munir.edu.my/
May 16, 2008 11:33 PM
Anonymous said...
Salam..Pakwan ...
Mana Pakya Penang.. and the gang...
ini hp sahabat2 kita yang terdapat dalam simpanan :test dulu le..
Anuar Che Harun = 019-9105497
Bazli = 019-2526775
Najib = 019-9547973
Saiful Adli = 016-8896171
Sazali Sham = 012-3686887
Shaikhan = 019-5567310
Zainal Azira = 012-6398946
baba_shaheed@hotmail.com
May 16, 2008 11:47 PM
Anonymous said...
Assalaamualakum wbr.
Aku ari tu dah cuba nak pos comment. Tapi x tick anonymous. Dia minta s/name psword. Mana aku ade seme tu. Anyway latest news pasal aku
Wan Mohd Hamdi bin Nordin @ Wan Ghazali,
Pensyarah Bahasa Arab di Universiti Teknologi Mara Melaka Kampus Bandaraya. (Melaka ada dua kampus. Lendu dan Bandaraya). Dah kawin sorang. Anak 4 orang. Contact Number 0198886566. ofis 06-2857185. email wanmohdhamdi@yahoo.com, wanhamdi@bdrmelaka@uitm.edu.my
Hopefully many more will respond to this blog.
Illalliaqo`
WMH
May 20, 2008 10:18 AM
Anonymous said...
Salam
Apa habaq semua ... Medi, kot ye pun dapat tukaq balik mai Melaka, ubah la nombor henset sarawak tu guna nom sini.
ramai lagi yg tak respon ni ... mana pi set2 Nusi Gua Musang yg dok kat belakang spital damanhur dulu? ... Budin & the gangs kat syari' jalal ...
Pi mana? ... please come back :)
May 23, 2008 5:13 PM
Wan Mohd Hamdi said...
Aslkum wbr.
Mana kawan2 yg lain ye? Harap2 semua dpt beri respon. Juz nak hubungkam silaturrahim. To Hapid Kodiang, aku x cadang nak tukaq no henset aku. No cantik sng nak ingat. Listed below few contact number yg ade ngan aku.
Ahmad Yani - 0129032855
Hamdi Osman - 0164850660
Hanafi - 0196414339
Hasbullah - 0192247491
Hasan Zaid - 0165347080
Nik Kamaruddin - 0199878682
Saiful Adli - 0162086171
Zaki Akmal - 0139334829
Bila nak reunion? Bagus gak idea tu.
WMH.
May 26, 2008 9:46 AM
usulifaqih said...
Kekawan yang ada duit lebih barang seposen dua, hulurkanlah bantuan (bulanan) kepada isteri Allahyarham Rosli Osman (Puan Faridah Abdullah)yang ada tanggungan anak seramai 7 orang.
Bank Islam: 12065020055918
May 28, 2008 12:14 PM
Anonymous said...
salam..diJemput daftar di yahoogroup puak2 kita belaka, lebih mudah untuk respon dan terima respon... tolong sebar2kan...
Group name:
azharidamanhuri92
Group home page: http://groups.yahoo.com/group/azharidamanhuri92
Group email:
azharidamanhuri92@yahoogroups.com
from..
baba_shaheed@hotmail.com
May 30, 2008 4:04 PM
Anonymous said...
Salamullah alaikum...ad-damanhuriyyin
Ikhwah semua,lama betul kita tak jumpa sejak kita semua balik m'sia, masing2 sibuk dgn tugasan dan kerjaya masing2...biasalah tu...tapi dgn adanya blog ni boleh juga kita mempertautkan kembali hubungan yg pernah mekar di bumi Damanhur suatu ketika dahulu..Ada juga rakan2 yg selalu kita jumpa macam Bashir, Kamal, Syuah, Hasan Zaid dan lain-lain lagi.Tapi ramai lagi yg tiada kesempatan untuk bertemu meskipun ada sebahagian yg dekat sahaja jarak yg memisahkan..namun biasalah ye..kekangan masa dgn pelbagai tugas demi memartabatkan survival ummat...Untuk makluman antum semua, ana still macam dulu juga..masih handsome..eh,eh..gurau aje...still pengantin baru...like Bashir.. apa nak buat..nasib kami..dan ketentuan Ilahi..tapi ana harap antum semua doa-doalah kat kami agar dapat memperbanyakkan ummat Nabi..
Untuk makluman juga, ana mengajar sekolah sendiri saja tak macam antum semua hebat2 belaka..oklah apa-apa pun teruskan perjuangan yg belum selesai-selesai..
Yusof bin Abdullah.
SMA Manabiul Ulum, Pulau Pinang.
019-4320242
yusryabduh@gmail.com
June 11, 2008 9:51 AM
Anonymous said...
assalamualaikum semua
August 5, 2008 3:59 PM
Anonymous said...
Assalamualikum semua.Lame dok dengar khabar sahabat-sahabat kite.Ana DELLU(AHMAD FADLULDIN BIN MOHAMAD).Sedikit mengenai diri: bila tamat belajar tahun 1996,Ana kahwin pada 28/2/1997 dan sekarang ada 3 org anak(kalau ikut semuanya 6 org tapi meninggal 1 org dan gugur 2 org).setelah bekerja beberapa tahun,Ana sambung belajar secara separuh masa di UIAM dlm bidang fiqh dan berjaya memperolehi M.A. pada 29hb. April 2008 baru-baru ini.Sekarang Ana menjawat jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Insan di Yayasan Islam Terengganu bermula 8 November 2006.Buat masa ini,Ana baru saja mendaftar untuk mengikuti pengajian PHD di Universiti Darul Iman dalam bidang Syariah.Ana juga telah dilantik sbg jurunikah bertauliah bagi mukim bandar Kuala Terengganu sejak Ogos 2006.Limazidin minal ma'lumat,yurja al ittisol bihazihi nimratil jawwal: 019 934 7887 wa 'unwan al barid al elekrony : fadluldin@hotmail.com
August 5, 2008 4:14 PM
saiful adli salehat said...
Ana Saiful Adli Salehat.La ni dok Tanjong Karang.
March 11, 2010 9:10 AM
saiful adli salehat said...
Ana Saiful Adli Salehat.La ni dok Tg Karang.Sori dok Sabak,kerja tg karang.Lama di sarawak dgn medi ganu my best friend in kuching.Anak 4 orang.Anak ke-4 prematures babies lahir 23 minggu berat 500gm.Tapi la ni dah sihat berkat doa kwn2.
Medi Ganu,mu ejas la reunion kat Bangi senang sikit center.My hp
012-3722531.Pok Nik Din mu dah kolonel belum?
Apa kaba gang2 KAGAT Zainal azira,zaman(jame) dll?
Subscribe to:
Posts (Atom)