Mansurah – 12 April 2008 : Bertempat di Dewan Persada Jazira Al-Ward, Unit Pengetahuan dan Pendidikan (UPEP) Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM) telah menganjurkan program Motivasi Memburu Mumtaz '08. Program yang bermula pada jam 7.00 pagi dihadiri seramai 100 orang ahli DPMM. Di antara motivator undangan adalah Ustaz Abdul Hakim Jurimia (PhD Universiti Al-Azhar) dan Ustaz Muhammad Hafiz Mazlan (MA Universiti Al-Azhar). Antara input-input penting yang diberikan oleh motivator undangan adalah berkaitan dengan tip-tip menuju mumtaz, cara berkesan menghafaz al-Quran dan juga final speed. Di akhir sesi program, kesemua mahasiswa/wi yang hadir telah melaungkan ikrar serta berjanji teguh untuk berkerjasama dan bersungguh-sungguh dalam mengejar harapan kesatuan yang tercinta ini untuk meningkatkan kembali mutu pendidikan ahli DPMM. Pelbagai strategi samada program berbentuk suntikan semangat, kelas-kelas tafaqquh dan juga kelas-kelas bimbingan akademik telah dilaksanakan sepanjang separuh penggal perjalanan DPMM sesi ini. Moga-moga segala apa yang dirancang di peringkat DPMM di bawah kepimpinan pengerusinya, Ust Abd Kadir bin Umar, samada setiap unit yang bergerak di bawah gerakan kesatuan DPMM menjadi satu kenyataan dengan apa yang dihajatkan. Apa yang diharapkan, setiap ahli DPMM perlulah memupuk semangat rasa tanggungjawab ini untuk sama-sama memikul amanah dalam tuntutan menuntut ilmu, bukan saja amanah kepada keluarga malah amanah kepada agama.
Antara petikan kata Ust Hakim Jurimia (PHD Universiti al-Azhar)
*Kita harus bercita-cita untuk memperolehi tempat yang tertinggi, andai status Mumtaz itu yang tertinggi, tidak boleh tidak kita semestinya berniat untuk memilikinya. Andai tidak kesampaian mungkin yang terbaik untuk kita hanya jaid jiddan. jadi, jangan pula kita berharap sesuatu yang rendah ataupun di bawah, makanya jangan kita berhajat untuk sekadar maqbul atau cukup memperolehi mangkul kerana di takuti andai tidak kesampaian ianya menjadi rosib. Dengan niat kita boleh menilai seutuh mana usaha yang di lakukan.
*Mengikut pengalamannya ketika dalam sesi pembelajaran, jangan kita berpisah dengan kamus, kamus itu perlu berada di sisi disamping kita mengulang kaji pelajaran. Andai ada kalimah-kalimahyang penting atau yang bagus maknanya hendaklah di tulis dalam nota atau catatan peribadi.
*Tambahan lagi, kunci kejayaan itu adalah bertanya, sampai di kuliah duduk di depan. Andai kurang kefahaman akan perbincangan doktor tanya dengan kawan (misri) yang boleh berkongsi kefahaman pada apa yang di bincangkang oleh doktor.
Antara petikan kata Ust Hafiz Mazlan (M.A Universiti al-Azhar)
*Dalam proses menuntut ilmu, lebih-lebih lagi ingin mendampingi kesucian al-quran, berdoa itu adalah kunci kekuatan. Mohonlah kekuatan pada yang memiliki kekuatan yang lebih mutlak iaitu Tuhan semesta alam. Ada setengah dari mereka lupa akan keperluan berdoa dalam perjuangan menuntut ilmu. Kekadang ada di antaranya merasakan berdoa itu membuang masa semata-mata kerana mengejar kelas atau study group. Sedangkan sebenarnya berdoalah kunci sebenar kejayaan yang ingin di miliki.
*Faktor makanan juga antara yang terpenting dalam proses menghafal al-quran, mana mungkin untuk memiliki daya ingatan yang baik dari sumber kekuatan(makanan) yang kotor. tenaga yang di perlukan oleh manusia adalah bergantung kepada hasil makanan.
*Beradab dengan apa yang ingin di lakukan, adab bukanlah suatu adat tetapi adat itu menantiasa mengaitkan diri dengan beradab. al-quran suatu hidayah dari Allah, dengan izin-Nya maka al-quran itu akan kekal di dalam dada bagi yang menghafal akan setiap dari kalam-kalam-Nya. Adab dalam menghafal al-quran bukan setakat ketika memulakan hafalan semata-mata, malah ianya juga di kira ketika ingin memengang atau membawanya, apatah lagi proses menjaga al-quran itu moga terus kekal dalam sanubari.
*teknik yang betul juga antara sumber utama dalam proses penghafalan, bukan hanya pada masa, cara, doa, kefahaman akan ayat semata-mata. Malah semua ini, di hubungkan lagi dengan dengan satu ikatan iaitu pengorbanan. Tanpa usaha yang gigih, persediaan yang rapi, kekuatan rohani, tidak mudah bagi seseorang itu untuk menghafal kalam-kalamullah.
*Katanya lagi, menghafal ini adalah sesuatu yang berat, mudah bagi yang mula ingin menghafal, dan susah bagi yang dah mula menghafal tapi berusaha untuk kekalkannya dalam ingatan. Ketahuilah bagi mereka yang merasai susah tentunya dia leka ketika mana dia mudah untuk menghafal dahulu. Yang pentingnya di sini adalah pengulangan, jangan sombong, jangan rasa diri tu sudah dalam ketegori yang terbaik tapi nilailah diri tu punyai kelemahan dan terdedah dengan sifat-sifat pelupa. Rahmatnya quran itu, setiap kalam yang di sebut akan di beri 10 ganjaran kebaikan, dan setiap yang mendengar akan-nya turut di beri kelebihan, apatah lagi yang membuka lalu membacanya sambil melihat setiap huruf dari kalimat-kalimat suci dengan nikmat pemberian mata dari tuhan-Nya.
2 comments:
Salam ...
Lama tak jumpa kawan2 semua dah dekat 12 tahun kita bawa halatuju masing2 ...
Sakan tengok kawan2 kita semua dasat2 belaka ... baguih la kot berkat ngaji dengan Husin Qindil Fiqh Muqarin dulu ...
setuju dengan cadangan nak buat reunion ... nanti kita planing lain.
takpa nanti kita sembang lagi ... hari ni baru bukan blog ni dan skarang tengah sibuk buat siapkan laporan result student nak kena submmit hari ni jugak ...
Ma'assalaamah
Mohd. Hapiz Mahaiyadin (Kodiang)
180 Persiaran Perdana 9
Kulim Perdana
Kulim Hi-Tech Park 09000 Kulim
Kedah
emel :hapiz_uitmppinang@yahoo.com
HP : 0193337677
salam..diJemput daftar di yahoogroup puak2 kita belaka, lebih mudah untuk respon dan terima respon... tolong sebar2kan...
Group name:
azharidamanhuri92
Group home page: http://groups.yahoo.com/group/azharidamanhuri92
Group email:
azharidamanhuri92@yahoogroups.com
from..
baba_shaheed@hotmail.com
Post a Comment