Saturday, January 10, 2009

PENGALAMAN MENDAFTAR PHD DI USM, PENANG

PENGALAMAN DAFTAR PHD DI USM PENANG

060109 terbang ke Penang dengan Firefly jam 9.00-10.00 malam dari Kuantan, tumpang rumah Akhi Hanif sekarang Beliau PTA Qadhi Penang . (Bersyukur Belaja’ di Damanhur ramai kawan seMalaysia)

070109 pinjam keta hanif untuk daftar di Desasiswa (asrama) Tekun tapi pihak tekun en jalil minta daftar dulu di ips (isntitut pengajian siswazah) supaya dapat rate pelajar RM 4 sehari, kalau tidak RM 13 sehari, terus ke ips malangnya ips nak tengok surat KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) menanggung kos pengajian di USM, call sharmiza(pegawai incharge di UMP) ceritakan keadaan di sini beliau minta no talipon dan pihak ips cik nurhazlin minta fakskan kenyataan tawaran tersebut. Sementara menunggu untuk sharmiza settlekan keje dia tu saya kembali ke asrama desa tekun, memandangkan nak cepat sebab pinjam keta hanif dia nak ambil anaknya sekolah jam 12.30, jumpa dengan kak liza di UPU USM dan kemudian ke pejabat desa siswa tekun ambil kunci cadar dan sarung bantal kenalah bayar RM 13 sehari sebab belum rasmi jadi pelajar USM. Alhamdulillah pegawai yang jaga kaunter tu cadangkan ana ambil sehari dulu sebab duit once dah bayar tak boleh return lagi. Saya setuju,, diberi kunci dengan nak cepat pun beredar dan tanya dia mana asrama dia kata turun dan ambil kanan, ana pun dengan yakin pun terus melangkah ke blok tersebut. Tengok2 no di kunci M05 E10 18, Blok M05 tingkat E10 dan bilik no 18, ana naik M06 tingkat 10 tapi tak de no E yang ada F, memilau cari bilik padahal sebelum Nampak ada pelajar perempuan keluar bilik dia pulak macam selamba aje, terasa dah dalam hati ini salah blok tapi tak teringat pulak blok perempuan macam hotel je terbayangnya. Kemudian Nampak pelajar perempuan kemudian tanya dia mana blok 05 dia kata kat sebelah sini blok siswi, alamak nak suka pun ada nak malu pun ada jugak. Lepas hantar beg cepat pecut keta nak jumpa hanif tapi sesat dan terlewat sampai. Solat di masjid negeri makan sementara hanif settlekan anaknya terjumpa pula dengan Hafiz x staf kolej psdc di sini dengan x pelajar FKEE di ump anak kepada tuan haji mokhtar (Bendahari Masjid Lama Kg. Permatang Badak)
Alhamdulilah lepas zohor baru dapat daftar, tapi sebelum tu pihak ips cik lia minta dapatkan insuran takaful sebagai pelajar PhD di USM.. ana cuba jelaskan pada cik lia yang saya dah ada takaful Malaysia potongan bulanan, lepas tu teringatkan nak minta pihak takaful Malaysia kuantan fakskan surat mengatakan yang saya ada potongan bulanan, bila check no tel takaful Nampak ada hp no akiza (orang sekampung), tanya dia kat mana katanya kat ofis, terus minta dia buatkan surat dan fakskan ke ips 046532940 alhamdulilah Allah mudahkan dalam kepayahan teringat surah al-insyirah.
Selama sesi daftar Hanif tunggu (jadi macam ayah daftarkan anak pulak dah), last sekali ke Pusat Kesihatan, lepas tu teman dia ke tempat servis livina (hanif dah pakai Grand Livina sekarang). Petang dia hantar ana balik setelah cari charger bateri (punya dok kalot sampai banyak barang tak bawak mai), Jamal pelajar senior PHD USM staf UMP ada call dan janji jumpa di Masjid USM, sembang dengan Jamal dan dapatkan tips2 PhD beliau dah 3 tahun di USM dah ke Jepun 3 bulan dank e UK 1 bulan sepanjang PHD beliau nasihatkan bawa wife sekali dan anak2 ke USM ini sebab kena kekalkan focus dan momentum dalam research. Esok dia ambil anan kta hostel dan dia ajak puasa dan makan malam di Nasi Kandar Power Shariff setelah selesai buka kurma di Masjid bersama jemaah dari Pelajar dari tanah Arab. Katanya 3 perkara pennting 1) keluarga 2) ibubapa 3) Gerakan Islam yang lain elok di putuskan sahaja. Kita kena kekalkan momentum dan focus on research. Tak sangakan dapat taip satu muka surat mengenai pengalaman mendaftar PhD di USM.
Alhamdulillah ya rabb. 11.24 malam di Desasiswa Tekun.

*SELAMA INI JAGA ASRAMA TAK TERBAYANG PULAK AKAN JADI MACAM INI BILA DAFTAR ASRAMA DI USM ITU PUN DAH KENALAN MELALUI MAPUM (MAJLIS PERUMAHAN UNIVERSITI MALAYSIA)

1 comment:

en_me said...

salam.. menarik tp ana nk daftar anak amik degree next month, tjumpe blog anta pula..