Thursday, April 1, 2010

MINOR STROK UJIAN DARI ALLAH

Assalamualaikum

Mengambil kesempatan ini saya ingin memaklumkan melalui blog ini yang mana salah seorang AJK Penaja Alumni SMAI ini telah diuji Allah Taala. Beliau yang saya maksudkan alfadhil al-Ustaz Khairul Anuar Abu Bakar panggilan lain KAAB. Beliau kini berada di KMC Kuantan kerana minor strok. Semalam saya dan alfadhil ust. Zuridan Mohd Daud mengunjungi beliau. Harap webmaster dapat war-warkan berita ini sekiranya masih ramai belum tahu. Beliau di bilik 308 dan hari ini hari ke 4 beliau di sana, keadaan stabil cuma badan disebelah kiri agak lemah, Dr. yang merawat memberi beliau ubat untuk mencairkan darah kemungkinan darah tidak sampai sebaiknya ke bahagian kiri badan dan kaki. Sekian, Allah Taala A'lam

"Apabila Aku Sakit Maka Allah lah yang menyembuhkannya" Mafhum ayat al-Quran

No comments: