KELEBIHAN SUBUH BAH. 2
4. WAKTU TERBAIK MEMBINA K. ROHANI
Sabda Rasulullah s.a.w “ Allah akan turun ke langit bumi pada setiap malam ketika malam tinggal 1/3 yang terakhir dia berkata “mana hambaKu yang berdoa untuk aku kabulkan doanya ? Mana hambaKu yang meminta kepadaKu untuk aku penuhi permintaannya ? Mana hambaKu yang beristighfar untuk Aku untuk aku ampuni dosanya” Bukhari dan Muslim.
5. DIKURNIAKAN CAHAYA PADA H. KIAMAT
Sabda Baginda s.a.w “ Berikanlah khabara gembira kepada orang yang banyak berjalan dalam kegelapan menuju ke masjid dengan cahaya yang sangat terang pada hari kiamat” Abu Daud dan al-Tirmizi.
6. DAPAT MELIHAT WAJAH ALLAH
“Kami sedang bersama Rasulullah s.a.w ketika melihat bulan purnama. Beliau bersabda “Sungguh kalian akan melihat Rab kalian sebagaimana kalian melihat bulan yang tidak terhalang dalam melihatNya. Apabila kalian mampu jangan kalian menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari (Subuh) dan solat sebelum terbenam matahari (Asar) maka lakukanlah” Ya begitulah keutamaan solat Subuh dan Asar.
7/10/2011
Sambungan… bahagian terakhir
KELEBIHAN MENGERJAKAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH (BAHAGIAN 3, AKHIR
7. SEKSA PALING SEDIH SIAPA YG MENINGGALKANNYA
“Sesungguhnya telah datang kepadaku malam tadi dua tetamu (Jibrail dan Mikail) Kedua-duanya diutuskan kepadaku dan berkata: “Berangkatlah lalu aku pergi bersama mereka. Kami mendatangi orang yang sedang tidur dan yang lainnya berdiri tegak di atasnya dengan membawa batu. Lalu tiba0tiba melepaskan batunya tepat pada kepalanya sehingga hancur luluh kepalanya. Batu itu telah meleburkannya” ……. Bukhari
Ini menjelaskan bahawa siksaan kepada mereka yang meninggalkan solat subuh di akhirat sana.
8. KESEMPATAN KERJAKAN SOLAT SUNAT FAJAR
“Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum subuh) lebih baik dari dunia dan sisinya” Abu Daud, Muslim dan al-Nasai
Dapat dapat difahami dari ayat di atas boleh solat sunat dua rakaat sebelum subuh diambil serius oleh Rasullah s.a.w dan para sahabat. Ini kerana tawaran pahalany a
9. SAAT TERBAIK MENDAPAT ILMU & TARBIYAH
“ Satu hari Rasulullah mengimami kami solat subuh, lalu Baginda menghadap kami dan memberi nasihat yang indah dan berharga sekali, sehingga air mata kami bercucuran dan hati kami bergetar. Lalu salah seorang daripada kami berkata wahai Rasulullah seolah-olah ini adalah nasihat pepisahan maka apa pesan Tuan kepada kami ?....
Kesimpulan dari kisah di atas Rasuluullah menggunakan waktu subuh untuk menyampaikan peringatan kepada para sahabat. Ini kerana waktu tersebut penuh kebarakahannya.
3/10/2011
KELEBIHAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH DIMASJID (BAHAGIAN 1)
Solat Subuh Berjemaah (SSB) merupakan solat yang paling mencabar untuk dilakukan dan paling sukar untuk diistiqamah (konsisten). Namun demikian ia tidak mustahil untuk diamalkan. Generasi sahabat adalah mereka yang amat mengambil berat solat ini sehingga ia menjadi pembeda di antara golongan Mukmin dan Munafiqin. Ini sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung dalamnya, nescaya mereka mendatangi kedua-duanya (berjemaah di masjid) walaupun dengan merangkak” (Riwayat Muslim)
Berikut adalah kelebihan menunaikan Solat Subuh Berjemaah.
1. WAKTU YANG DIAGONGKAN ALLAH
Allah mengagungkan waktu Subuh dan tidak pernah bersumpah dalam al-Quran dengan waktu solat kecuali Subuh dan Asar.
وَٱلۡفَجۡرِ (١) وَلَيَالٍ عَشۡرٍ۬ (٢)
“Demi waktu fajar dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan disisi Allah)” al-Fajr ayat 1-2.
أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِدُلُوكِ ٱلشَّمۡسِ إِلَىٰ غَسَقِ ٱلَّيۡلِ وَقُرۡءَانَ ٱلۡفَجۡرِۖ إِنَّ قُرۡءَانَ ٱلۡفَجۡرِ كَانَ مَشۡہُودً۬ا (٧٨)
“Dan dirikanlah pula solat Subuh, Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh Malaikat” al-Isra’ ayat 78
Kita harus mengagungkan solat subuh dengan melaksanakan solat subuh berjemaah, berikir dan mohon ampun kepada Allah. Orang yang memuliakan apa yang dimuliakan Allah akan dimuliakan.
“Sesiapa yang solat pada dua waktu yang dingin maka dia akan masuk syurga” (Bukhari, Muslim, Ibn Hibban)
2. PAHALA IBADAH SATU MALAM PENUH
“Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat separuh malam. Sesiapa yang solat Subuh berjemaah maka seolah-olah dia telah solat malam satu malam penuh” (Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibn Hibban)
Solat Subuh berjemaah di Bulan Syawwal mengatasi solat sunnat di malam Ramadan kerana mencari al-Qadar. Ini kerana solat Subuh adalah wajib sedang solat sunnat malam walaupun ia muakkad (amat dituntut) namun statusnya masih lagi sunnat.
3. BERADA DALAM LINDUNGAN ALLAH
“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam lindungan Allah. Maka jangan cuba cuba membuat Allah membukti janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang menunaikan solat subuh Allah akan menuntutnya sehingga Dia akan membenamkan mukanya dalam neraka” (Riwayat Muslim)
Hadis menjelaskan bahawa Allah Taala akan memberi perlindungan bagi mereka yang menunaikan solat subuh berjemaah dan perlindungan dari Allah adalah sebesar-sebesar lindungan. Bersambung……
No comments:
Post a Comment