Thursday, February 5, 2009

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM INTEGRASI DI KEM-KEM PLKN : TINJAUAN DI KEM PLKN SUMMERSET ROMPIN.

Setelah masuk hari ke 4 di kem summerset Rompin saya melihat beberapa penambahbaikan program ini perlu dilakukan. Ini memandangkan ianya suatu program yang murni dan penting dalam memastikan integrasi ini dapat di lakukan dengan terbaik.

1. Bilangan pelajar bagi sesuatu kelas hendaklah tidak melebihi 40 orang. Ini kerana memudahkan Cikgu (nama yang dipanggil kepada Jurulatih) mengawal kelas dan menjalankan aktiviti. Pengalaman di sini kami berdepan dengan lebih dari 60 orang di dalam kelas. Ini menyebabkan kelas amat sukar dikawal.

2. Memastikan semua Jurulatih bertugas sebagai cikgu di kelas. Di sini hanya 6 orang cikgu sahaja terlibat manakala 2 lagi hanya membantu dan ini menyebabkan cikgu yang lain terpaksa menanggung beban murid yang ramai.

3. Tiada Jurulatih di kalangan kaum Cina dan India. Tanpa mereka, untuk wira dan wirawati kaum cina dan india memahami pentingnya program ini agak sukar. Di sini tiada langsung JL dikalangan kaum India dan Cina samada program Integrasi atau Kenegaraan atau CB. Kesannya pelajar kaum Cina dan India kurang memberi tumpuan, kerjasama menjayakan program ini.

4. JL integrasi mestilah terlibat dengan permainan waktu petang bersama dengan Wira dan Wirawati kaum Cina dan India. Bagi menunjukkan contoh integrasi dalam masyarakat.

5. KJ seharusya memohon bantuan kepada Jurulatih fizikal memastikan pengawalan terhadap wira dan wirawati agar mereka tidak bertukar kelas sesuka hati mereka sahaja dan mengikut minat mereka. Ini kerana terdapat Wira yang melepak di bilik rehat sambil menonton TV.

Moga mendapat perhatian dari Starza.

No comments: