Monday, February 2, 2009

PENGALAMAN MENDAFTAR SEBAGAI PENSYARAH PLKN PROGRAM INTEGRASI KEM ROMPIN

1 FEB 2009 Jam 4.30 petang lebih kurang saya selamat sampai ke Kem PLKN Summerset Rompin senagai Jurulatih program baru integrasi PLKN. Katanya program ini dahulunya dinamakan sebagai program silang budaya sebelum ini.

Setelah mendapat tawaran dari Starza Coporation sebagai Jurulatih program ini saya dan beberapa sahabat lagi telah diminta hadir di TOT program ini di Hotel Dynasty KL pada 16-18 Jan yang lalu. Hasilnya dikuatkan semangat untuk join program ini bukan kerana habuannya sangat , tetapi kerana untuk menimba pengalaman dan usaha untuk menyampaikan mesej dakwah kepada para pelajar sekolah yang masih menunggu keputusan SPM pada bulan 4 nanti.Modul yang diminta untuk disampaikan adalah Modul Kebudayaan, Keagamaan dan Peranan Lelaki dan Perempuan. Modul yang saya kira amat baik.
Sebelum ini kami telah diberi maklum bahawa di Kem totally different dengan di TOT kerana di Kem semua kemudahan adalah bersifat ala kadar tidak sama dengan di Hotel. So expect for the worst kata tuan fairuz yang masih terngiang-ngiang ditelinga ini. Walaubagaimanapu saya di Kem ini Alhamdulillah kerana layanan dan sambutan kehadiran kami amat baik sekali tidak seperti yang kami dengar sebelum ini sesetengah kem komandan amat-amat garang dan ingin mencari salah kami sahaja di Kem.

Setelah berjumpa dengan salah seorang pegawai disini lalu saya diketemukan dengan Jeff dan diminta tunjukkan bilik dalam hati sepatutnya saya kena lapor diri ke Kem Komandan dan tunjukkan sijil2 kelayakkan so berlainan pulak, lalu saya berkata kepada Jeff seorang pelatih sukan futsal CB (character building) di disini, kalau boleh saya ingin lapor diri dahulu lalu dibawa berjumpa dengan cik apa ye lupa dah namanya dan disitu ada encik Razi selaku M.A (medical assistance) dan Encik Halim Jurulatih di sini.

Setelah lapor diri barulah saya berjumpa dengan Fakriz teman semasa di TOT yang lalu, Di dorm lalu jeff pun mengenalkan diri dan saya juga berbuat demekian apabila nama UMP disebut lantas beliau bertanyakan Rais Dermawan bosnya di USM dahulu, adakah saya mengenalinya ,memang kenal pun sebab sama –sama di JHEPA dulu.
Kemudian kami berjumpa dengan Jurulatih lain bersama KJ Cik wan kalsom dari Hep IKIP antara jurukatihnya, Suzanna HEP di IKIP, Mahani Pensyarah Komuniti di Johor, Ita tutor yang sedang sambung Master dari UNIMAP, Rahimah pelajar master dari UTM dan Fakhriz Cikgu di Shahalam serta seorang lagi Suzanna Yusof dari LHDN (orang asli).

Rasa pening kepala semakin sakit sebelum itu sempat jumpa(terserempak) dengan Kem Komandan Mejar Rosli yangamat baik layanannya begitu juga dengan Timb. Kem Komandan Kapt. Zainuddin dan ust. Sarjan Mat Ropi. Malamnya lepas maghrib makan ubat terus tidur dan bangun jam 9.00 terus ke tempat perbincangan bersama KJ (ketua jurulatih) dan jurulatih yang lain. Kami di sini dipanggil cikgu dan pelatih dipanggil Wira dan Wirawati.Malam ini sebelum terlena kami sempat terhibur dengan nyayian karaoke dari Tuan Mejar (rupanya itu antara kegemarannya di waktu kesunyian) walaupun begitu beliau senantiasa ada bersolat berjemaah di Surau Annur. Itu yang mantopnya. Antara hasrat berada di sini:

1. Menyampaikan mesej dakwah melalui tazkirah maghrib dab isyak
2. Membuat kajian KAFA ke atas pelatih di sini
3. Membuat kajian mengenai program integrasi di sini

Mudah-mudahan Allah mudahkan ameen.

1 comment:

mIss lAdy said...

salam
i'allah, next week sy akan mendaftarkan diri sebagai jurulatih di Summerset Camp. Mayb saudara boleh berkongsi cerita tentang keadaan di sana. Dengar cerita kem tu baru recover dari kes kutu. Sekarang macam mana yer? Semuanye ok ker?