Tuesday, March 3, 2009

SINOPSIS DARI CERAMAH UST RUJHAN MOHD RAZALI DI MASJID LAMA KG PERMATANG BADAK 19 FEB 2009

Mukaddimah

Abu Bakar R.A berkata :

من دخل القبر بلا زاد فكانما رطب البحر بلاسفينة

“Sesiapa yang masuk ke dalam Kubur tanpa membawa bekalan maka dia seperti berada di tengah lautan tanpa sebuah kapal”

الأيمان يزيد بالطاعة و ينقص بالمعصية

“Iman itu bertambah dengan mengerjakan ketaatan dan berkurangan denga mengejakan maksiat”

Doa yang Rasulullah ajar :
اللهم اجعل يومنا هذا خير من امسنا واجعل غداناخيرمن يومنا

“Ya Allah jadikanlah hari kami ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini”

Doa adalah otak ibadah dan senjata bagi orang mukmin. Berdoalah jangan membaca doa, iaitu penghayatan kepada doa tersebut.

Lawak Antarabangsa

1. Driver bas dikatakan lebih cepat membawa orang ke syurga berbanding dengan Khatib. Alasannya Driver bawa bas laju, penumpang rasa tidak selamat lalu ingat Allah takut kemalangan, berbanding denga khatib baca khutbah dan makmum tidur sahaja. Jadi lambatlah ke syurga.

Siapa BAIK ?

Siapa yang baik menurut piawaian Allah, menurut pandangan Allah?
Adakah yang rajin bekerja, tidak rasuah, tidak pecah amanah tetapi tidak puasa atau solat?

Sabda Rasul :

خيركم من طال عمره و حسن عمله شركم من طال عمره و سأ عمله

“Sebaik-baik kamu ialah mereka yang panjang umurnya dan baik amalannya dan seburuk-buruk kamu siapa yang panjang usianya tetapi buruk amalannya”

Kisah tempat yang terbaik di dunia. (خير بقاع فى الأرض)

Sahabat bertanya kepada baginda Rasul di makan kah tempat yang terbaik dunia ini , baginda menjawab aku tidak tahu dan aku akan bertanyakan kepada Jibrail , lalu baginda bertanya kepada Jibrail , Jibrail menjawab aku tidak tahu, aku akan bertanyakan Allah taala. Lantas Allah menjelaskan tempat yang terbaik di muka bumi ini adalah tempat di mana tempat letak dahi/sujud iaitu Masjid.

Persoalan Penting?

Betul orang ke masjid belum tentu baik …… tetapi orang baik dah tentu akan ke masjid

Betul Orang yang solat belum tentu baik..... tetapi orang baik dah tentu akan solat

Betul Orang yang pakai pakai tudung belum tentu baik .....tetapi orang baik dah tentu dia pakai tudung.

Isu Palestine , siapa yang bersalah?

Jangan salahkan Khinzir yang menyerang tanaman kita akibat pagar yang tidak kukuh. Umat Islam perlu ingat dalam membakar bendera Israel dan memboikot barangan mereka umat Islam seharusnya kembali mengimarahkan masjid sebagaimana Rasulullah dan para sahabat mengutamakan masjid dan solat dari lain-lain perkara. Punca kelemahan umat Islam letaknya dalam sejauhmana komitmennya dalam agama Allah.

Dalam konteks sekarang umat Islam perlu kembali mengimplementasikan fundamental Islam seperti yang pernah diperkatakan oleh pemimpin Yahudi yang mereka TIDAK AKAN gerun kepada umat Islam selagi solat subuh tidak seramai solat Jumaat.

1 comment:

kokmi said...

Assalamualaikum wbt ustaz & rakan maya yg lain,
Salam ukhwah. Dah lama rasanya saya mengikuti blog ustaz ni, sekadar membaca & memerhati, apapun tertarik dengan entry yg satu ni untuk bersama juga berkongsi pandangan.
Bercakap isu siapa baik & sebaliknya, seringkali ungkapan ini bermain diminda masyarakat kita, malah meniti dibibir meraka, "yg penting hati mahu baik", tetapi solat belum cukup 5, aurat terbuka begitu juga.Saya nak berkongsi pengisian di dalam buku "Penawar bagi hati", ditulis oleh Abdul Azizi Ismail, yang mana ada mengetengahkan isu ini & jawapannya, hakikatnya manusia itu belum betul-betul mengenali ALLAH swt.Sekalipun manusia itu berbuat kebaikan dengan bersedekah, umrah(ada duit, pegi umrah mensucikan diri, balik buat semula,ada duit pergi lagi umrah,dah macam trend), zakat fitrah bayar(sebab raya), baik hati namun jika amalan yang wajib sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah diabaikan, maka kita belum lagi mengenali Allah.Wallaahu'alam.
Semoga yang baik itu berterusan & bersamalah kita memperbaiki diri.
Salam ukhwah & mesra dari kokmi dengan serangkap pantun;
"Islam itu untuk kita semua,
Tua muda mahupun sudah beragama ,
Kerna Allah kita bersua,
Beroleh berkat bersama-sama..."

p/s: sampaikan salam saya buat kak su & keluarga ~ umi.